Sunday, September 5, 2010

BUTTERFINGERS




                                      Loyal  ButterFingers



Permulaan Sejarah.
1991 , tahun dalam aura gegaran rock kapak pada zaman itu.
Pada waktu ini , di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) Loque dan rakannya Kadak mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik . Zaman ni juga sedang meriot dengan band - band yang menjadi lagenda pada masa kini seperti NIRVANA. Kurt Donald Cobain yang berasal dari Seattle , Washington pada ketika itu sedang hangat dengan lagu ''Smells Like Teen Spirit'' dari album ''Nevermind''. Cobain yang memperjuangkan muzik berunsur ''Grunge'' telah membuatkan Loque ingin memberi nafas baru kepada muzik di Malaysia.

LOQUE memulakan perjalanan dan dikenali sebagai Loque's Tail . 1993 , Loque pulang ke Kuala Lumpur untuk bercuti dan menjengah sebuah studio jamming di Petaling Jaya . Ketika itu Loque bertemu dengan Emmett yang sedang asyik bermain gitar dan menyanyi di Studio Black Widow .


Seolah - olah telah ditakdirkan . Tidak lama selepas itu . emmett menyertai Loque's tail dan bercadang untuk menghasilkan demo tape. Loque yang mempunyai dua buah lagu iaitu GIRL FRIDAY dan NICC O'TYNNE . Demo tape yang diberi nama "1 goat, 2 apples and 16 oranges" telah menjadi titik permulaan kepada Butterfingers dan menaikkan nama mereka di kalangan peminat muzik "underground" Malaysia pada ketika itu. Demo ini menampilkan persembahan dan tenaga mereka yang banyak dipengaruhi oleh era Grunge pada ketika itu. Suara Emmet menyerupai suara Kurt Cobain dan ramai peminat pada mulanya menyangka bahawa Nirvana telah mengeluarkan album secara tidak rasmi.



Sebelum menduduki peperiksaan SPM pada 1994. Loque membawa Kalai menemui Emmett dan sekali lagi mereka jammming di studio berkenaan. Dalam pada itu, mereka tidak pernah melupakan soal pelajaran. Mereka ketika itu memang sudah dikenali sebagai Butterfingers, nama yang diberikan oleh Loque. Mereka jelas mudah menjinakkan muzik dalam diri kerana tidak lama selepas itu, Butterfingers mula dikenali di ibu kota dan sering dijemput dalam beberapa persembahan kecil dan gig.



Persembahan pertama mereka ialah di Cobra Clubhouse di Petaling Jaya. Mereka menerima pujian demi pujian sebaik sahaja selesai persembahan itu dan ia menyemarakkan lagi semangat Butterfingers kerana persembahan itu merupakan medan bagi Butterrfiners. Butterfingers lalu merakam demo tape di FM Studio pada 1995. Mereka merakamkan 7 buah lagu yang semuanya di cipta oleh Loque. Demo tape tersebut di jual secara underground dan lama-kelamaan, Butterfingers makin popular. Aksi mereka di gig Moderate Rock di kelab Picadally pada 1 Mei 1995 meninggalkan kesan begitu mendalam kerana ada yang berpendapat Butterfingers mempunyai masa depan yang cerah dalam arena muzik. 




                        ROYAL BUTTERFINGERS - Empayar Grunge Malaysia


No comments:

Post a Comment