Monday, September 6, 2010

ملايو


                     Bangsa melayu . Bangsa yang aku cintai dari mula wujud dan dijadikan sebagai anak Melayu . Pandangan aku , sekarang ramai melayu yang telah jauh ke hujung tanjung . Agaknya mungkin mereka sendiri lupa . Terutamanya kebanyakan anak2 muda melayu sekarang . Empayar Malaysia yang maju .. boleh dikatakan pelbagai benda yang ada di bumi melayu ini pada ketika ini . Malaya yang sudah 53 tahun merdeka dan bebas dari penjajah .. soalnya sekarang adakah kita sendiri telah merdeka dari diri sendiri . adakah setiap individu itu sudah merdeka dari minda penjajah . Yeah , sekarang memang banyak benda tinggalan penjajah di bumi Malaysia tak kiralah dari segi apa pun . Yang tak nampak di mata , yang tak nampak maksud sebenarnya . Atau mungkin kita sendiri tahu.. Kita lenjan semua benda . Mereka gelak kaum melayu melakukannya ibarat tiada Tuhan sendiri .

 Mantera Beradu

Masih belum sempurna.

Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku.. aku lah dia..

Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal
Hanya berbual makan angin kembung perut mual
Resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang

Pecah tembelang… peta dah hilang
Bangau dah pulang… suara sumbang

Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena.. tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum
Ikut gerak hati.. pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah sekarang
Takat meradang
Tanya.. abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acah belakang parang
Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi
Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
Halang biar keduanya muka cantik
Soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
Lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Cita-cita sosa KL KL kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang
Sebelum jadi naga, ikan koi renang renang
Kura-kura salah jawab pantun, naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

Panjat pokok buluh cari tokong air terjun

Naik sampai nampak dah terpegun turun

Tiga ular ikut lompat atau paut

Kalau lari mati jika terus maut

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Puisi hati mu… hati mu puisi
Palu hati ku palu hatiku

Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

Akhirnya sempurna

Sunday, September 5, 2010

Blank.

AL-KISAH.
EMPAYAR . Zaman sekarang . Hehhh.. terlampau banyak cinta hanya tertulis pada perkataan. Tapi gagal dilihat pada zahirnya . Agaknya ramai yang tak faham kerana cinta itu tanggungjawab di mana wujudnya kesetiaan dan kejujuran . Ingat pada yang satu . Jujur pada yang setia .Setia pada yang kasih . Kasih la pada yang rindu . Rindulah pada yg menyayangi . Cinta xkan datang klau x di cari .Cinta juga takkan dapat kalau tiada yang mmberi .Tapi , mencari biarlah pada yg sudi . Bukan meminta pada yg simpati . ( xaxau - 360 )

BUTTERFINGERS




                                      Loyal  ButterFingers



Permulaan Sejarah.
1991 , tahun dalam aura gegaran rock kapak pada zaman itu.
Pada waktu ini , di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) Loque dan rakannya Kadak mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik . Zaman ni juga sedang meriot dengan band - band yang menjadi lagenda pada masa kini seperti NIRVANA. Kurt Donald Cobain yang berasal dari Seattle , Washington pada ketika itu sedang hangat dengan lagu ''Smells Like Teen Spirit'' dari album ''Nevermind''. Cobain yang memperjuangkan muzik berunsur ''Grunge'' telah membuatkan Loque ingin memberi nafas baru kepada muzik di Malaysia.

LOQUE memulakan perjalanan dan dikenali sebagai Loque's Tail . 1993 , Loque pulang ke Kuala Lumpur untuk bercuti dan menjengah sebuah studio jamming di Petaling Jaya . Ketika itu Loque bertemu dengan Emmett yang sedang asyik bermain gitar dan menyanyi di Studio Black Widow .


Seolah - olah telah ditakdirkan . Tidak lama selepas itu . emmett menyertai Loque's tail dan bercadang untuk menghasilkan demo tape. Loque yang mempunyai dua buah lagu iaitu GIRL FRIDAY dan NICC O'TYNNE . Demo tape yang diberi nama "1 goat, 2 apples and 16 oranges" telah menjadi titik permulaan kepada Butterfingers dan menaikkan nama mereka di kalangan peminat muzik "underground" Malaysia pada ketika itu. Demo ini menampilkan persembahan dan tenaga mereka yang banyak dipengaruhi oleh era Grunge pada ketika itu. Suara Emmet menyerupai suara Kurt Cobain dan ramai peminat pada mulanya menyangka bahawa Nirvana telah mengeluarkan album secara tidak rasmi.



Sebelum menduduki peperiksaan SPM pada 1994. Loque membawa Kalai menemui Emmett dan sekali lagi mereka jammming di studio berkenaan. Dalam pada itu, mereka tidak pernah melupakan soal pelajaran. Mereka ketika itu memang sudah dikenali sebagai Butterfingers, nama yang diberikan oleh Loque. Mereka jelas mudah menjinakkan muzik dalam diri kerana tidak lama selepas itu, Butterfingers mula dikenali di ibu kota dan sering dijemput dalam beberapa persembahan kecil dan gig.



Persembahan pertama mereka ialah di Cobra Clubhouse di Petaling Jaya. Mereka menerima pujian demi pujian sebaik sahaja selesai persembahan itu dan ia menyemarakkan lagi semangat Butterfingers kerana persembahan itu merupakan medan bagi Butterrfiners. Butterfingers lalu merakam demo tape di FM Studio pada 1995. Mereka merakamkan 7 buah lagu yang semuanya di cipta oleh Loque. Demo tape tersebut di jual secara underground dan lama-kelamaan, Butterfingers makin popular. Aksi mereka di gig Moderate Rock di kelab Picadally pada 1 Mei 1995 meninggalkan kesan begitu mendalam kerana ada yang berpendapat Butterfingers mempunyai masa depan yang cerah dalam arena muzik. 




                        ROYAL BUTTERFINGERS - Empayar Grunge Malaysia


KUALA LUMPUR . Menyimpan berjuta rahsia .


                                                    كوالا لومڤور 


EMPAYAR MALAYSIA . Tanah air yang tercinta . Kuala Lumpur sering disingkatkan dengan KL . Ialah ibu negara dan bandar terbesar di Malaysia . Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi .